Sunday 26 May 2013

I AM HERE

TUGAS KU
Tugas guru bagaikan pelukis yang menaburkan warna di atas kanvasnya untuk menghasilkan karya seni yang agung. seorang guru bagaikan arkitek yang merangka bangunan yang tersergam hebat meniti zaman. Seorang guru bagaikan jurutera yang menghasilkan binaan teguh merentas zaman. Insan guru juga bagaikan doktor pakar yang mengenalpasti punca masalah kesihatan dan merawat sehingga sembuh. Malah guru diminta oleh masyarakat untuk memberikan lebih dari itu. Dari manakah guru beroleh kesanggupan untuk menerima bebanan itu? Kesungguhan guru telah meletakkan kedudukannya yang tinggi kerana mengajarkan ilmu itu satu sedekah dan sedekah itu satu ibadah yang dijamin ganjarannya di akhirat kelak.

Jabatan Pelajaran Perak

No comments:

Post a Comment