SKFLS

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LAWIN SELATAN
OGOS 2013 HINGGA KINI

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Felda Lawin Selatan, Gerik terletak di kawasan penempatan Felda Lawin Selatan kira-kira 4 Km dari  simpang jalan besar pekan Lawin.  Sebahagian besar murid-murid sekolah ini adalah terdiri daripada anak-anak peneroka Felda Lawin Selatan. Hanya sebahagian kecil anak-anak dari kampung yang berhampiran bersekolah di sini.

Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Kenering dari tahun 1987 hingga ke tahun 1988. Pada waktu itu terdapat seramai 8 orang guru dan kira-kira 180 orang murid. Mereka bersekolah pada sesi petang. En. Tajuddin b. Mahmud merupakan Guru Besar yang pertama.

Pada 3hb Januari 1989 sekolah ini telah berpindah ke kawasan penempatan Felda Lawin Selatan sendiri. Sekolah pada waktu itu menggunakan 2 buah bangunan kayu yang dipinjamkan oleh pihak pengurusan Felda. Pertambahan murid menyebabkan pihak sekolah dan PIBG telah bergotong-royong membina sebuah lagi bangunan kayu sebagai tambahan kepada bangunan yang sedia ada. Kementerian Pelajaran pula telah membina sebuah lagi bangunan separa batu. Ini menjadikan sekolah ini mempunyai 4 buah blok  bangunan.

Sekolah ini menumpang di bangunan Felda selama 5 tahun (1989-1994).   Pada 1 hb Disember 1995 sekolah ini berpindah ke bangunan baru di kawasan yang sama. Ianya terdiri dari 3 blok dua tingkat dan sebuah kantin dengan dinaikkan taraf ke sekolah gred A luar bandar. Dengan adanya bangunan baru ini, maka sebuah blok separa batu di atas telah diubah-suai menjadi dewan.


Pada tahun 2001 sebuah lagi bangunan lama sekolah diruntuhkan untuk dibina sebuah makmal komputer dibawah program ICT Kementerian Pelajaran dan mula digunakan pada tahun 2002. Sementara itu pula tahun 2003 sebuah kelas di bangunan baru  blok utama telah dinaiktaraf menjadi kelas prasekolah. Hinggalah ke saat ini keperluan asas mencukupi bagi murid-murid menerima pembelajaran dengan sempurna.

GURU-GURU BESAR YANG TELAH BERKHIDMA
                        Nama Guru Besar                              Tempoh Perkhidmatan
1.         En.Tajuddin bin Mahmud                                            1987 - 1988
            2.         En. Kamaruddin b. Saidin                                           1989 – 1992
            3.         En. Mukhtar b. Ismail                                                  1992 – 1997
            4.         En. Zainal  Abidin b. Md. Basri                                   1997 – 1998
            5.         En. Musa b. Alang Mohd Rashid                                1998 – 1998
            6.         En. Abd. Aziz b. Saaod                                               1999 – 2001
            7.         Mohd Jamaai b. Ahmad                                             2001 – 2003
8.         Pn. Badariah bt. Hj. Mat Dom                                             2003 – 2003
            9.         En. Mohd Anuar b. Che Soh                                      2003 – 2006
            10.       YM Raja Azizur Rahman b. Raja Omar                     2006 – 2007
            11.       Tn. Hj. Osman  b. Mat Desa                                       2007 – 2009
            12          En  Mohamad Wazer bin Abdul Ghani                    2009   -   2011
            13        Pn . Norlia bt Ramli                                                     2011  -  2012
            14        Zulazhar bin Ramli                                                      2012  -  201
  15        Khairiah bt Abdul Kadir                                                           2013 - sekarang



LIRIK LAGU LAGU SEKOLAH
Di sudut desa yang permai
Berdiri megah bagai pahlawan
Sekolah Kebangsaan Felda Lawin Selatan
Kebanggaan kami anak desa
Di sini tempat kami semua
Menimba ilmu penuh di dada
Tunaikan amanat pesanan ayah bonda
Menjadi insan yang berguna
(Chorus)
Menempuh cabaran jayakan wawasan
Wawasan yang suci
Pendidikan bestari teknologi terkini
Teras pendidikan kami
Bersama cita yang digenggam
Berbekal semangat yang menyala
Kepada Allah kami mohonkan doa
Sekolah kami maju jaya


DASAR SEKOLAH

1.   Melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan licin dan memuaskan
2.   Berusaha menggemblengkan tenaga yang ada mencapai objektif sekolah
3.   Segala masalah sekolah adalah masalah bersama
4.   Satu pasukan dan satu keluarga
5.   Hubungan rapat dengan agensi kerajaan dan swasta
6.   Hubungan perkhidmatan yang erat dengan PPD, JPN, KPM
7.   Melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan licin dan memuaskan
8.   Berusaha menggemblengkan tenaga yang ada mencapai objektif sekolah
9.   Segala masalah sekolah adalah masalah bersama
10.       Menjalankan tugas dengan cekap, sempurna dan memahami tugas dan tanggungjawab orang lain
11.       Mengamalkan kerja secara sistematik dan terancang

12.       Melaksanakan pengurusan yang terancang, cekap serta produktif untuk memberi pulangan yang  optimum


VISI

"Pendidikan Berkualiti
 Insan Terdidik
Negara Sejahtera"

MISI

"Melestarikan Sistem Pendidikan
Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara"

PIAGAM SEKOLAH

Kami warga SK Felda Lawin Selatan , dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjajni akan menumpukan seluruh tenaga kami untuk:
·         GURU / PELAJAR
1.      Memastikan sukatan pelajaran dihabiskan tiga bulan sebelum peperiksaan
2.      Memeriksa buku latihan murid selewat-lewatnya tiga hari selepas dikumpulkan.
3.      Memastikan markah  ujian dan peperiksaan diserahkan kepada murid dalam tempoh tiga minggu selepas tarihk akhir peperiksaan.
·         STAF/ KAKITANGAN
1.      Memaklumkan kepada guru-guru segala edaran daripada skateholder berkaitan dengan perjawatan dan latihan dibuat selewat-lewatnya tiga hari daripada tarikh surat diterima.
2.      Mengadakan  sesi perkembangan staf minima 4 kali setahun.
3.      Semua tuntutan  kewangan diproses  dalam  masa  seminggu selepas borang tuntutan dihantar.
·         IBU BAPA/PENJAGA
1.      Segala aduan dan rayuan akan diambil tindakan dalam masa tujuh hari
2.      Borang permohonan pertukaran sekolah diproses dalam masa 30 minit sebelum dihantar kepada pihak yang berkenaan.
3.      Memastikan ibu bapa mendapat maklumat terkini tentang pencapaian pendidikan  anak mereka sebelum cuti.

MOTO SEKOLAH
BERILMU BERAMAL


FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA


PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU
USAHA BERTERUSAN KEARAH LEBIH
MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU
SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU
UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG
SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI
INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN
JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN
DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN.
USAHA INI ADALAH UNTUK
MELAHIRKAN WARGANEGARA MALAYSIA
YANG BERILMU PENGETAHUAN,
BERKETRAMPILAN, BERAKHLAK MULIA,
BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN
MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA
MEMBERIKAN SUMBANGAN TERHADAP
KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN KELUARGA
MASYARAKAT DAN NEGARA

ASPIRASI DAN KEHENDAK NEGARA


  • FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

  • WAWASAN 2020 / RUKUN NEGARA

  • E-KNOWLEDGE / ICT / SMART SCHOOL /

·         TEACHING AIDS

  • PPSMI

  • NKRA

  • STRATEGI 60:40

·         SAINS / SASTERA



AGENDA UTAMA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

·                     MEMBANGUNKAN SISTEM
PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

·                     MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN

·                     MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN
UNTUK CEMERLANG

·                     MEMERTABATKAN PROFESION
PERGURUAN

·                     MENINGKATKAN PENGURUSAN
PENDIDIKAN AGAR CEKAP DAN
BERKESAN

·                     MEMERTABATKAN BAHASA MELAYU
MEMPERKASAKAN BAHASA INGGERIS


SEMBILAN CABARAN WAWASAN 2020

1.                  Mewujudkan Negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama.

2.                  Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.

3.                  Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak Negara membangun.

4.                  Mewujudkan satu masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.

5.                  Mewujudkan Masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama  masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu Negara.

6.                  Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan yang bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada tamadun tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

7.                  Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi iaitu system social yang mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insane tidak akan berkisar kepada Negara atau orang perseorangan tetapi sekeliling system keluarga yang kukuh.

8.                  Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.

9.                  Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

BUDAYA KERJA SEKOLAH

1.                Memahami dan menghayati:

1.1                       Falsafah Pendidikan Negara
1.2                       Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah

2.                Memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah,
Jabatan dan Kementerian Pelajaran setiap masa.

3.                Mementingkan mutu dan kesan pendidikan

4.                Menentukan objektif setiap tugas

5.                Mengmalkan kerja secara bermesyuarat dan berpasukan

6.                Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah

7.                Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah dan adil

8.                Mengamalkan perkhidmatan penyayang.

9.                Kepimpinan melalui teladan

10.           Sentiasa pemimpin dan menilai diri sendiri

11.           Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran

12.           Kerja itu satu ibadah.

CIRI-CIRI GURU BERKESAN

·                     Bersikap professional
·                     Mempamerkan cirri-ciri kekuatan teori
·                     Kaya ilmu
·                     Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja
·                     Bermoral teguh
·                     Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran
·                     Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa
·                     Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid
·                     Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan
           Semasa
·                     Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai             pendidik unggul pada setiap masa
·                     Memastikan situasi “Guru mengajar murid belajar” wujud di dalam kelas.
·                     Berupaya melahirkan “persekolahan berwatak” supaya pelajar mempunyai              kekuatan ilmu, berpesonaliti sihat dan serba boleh
·                     Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik
·                     Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai             diri (bermoral, berakhlak mulia, berketerampilan, pandai menyesuaikan diri                dengan situasi tertentu)
·                     Taat dan setia terhadap perkhidmatannya mempertahankan martabat                      profesionnya.
·                     Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah                bagi
·                     Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
(SEBAGAIMANA DISENARAIKAN
 OLEH
 DATO’ ABDUL SHUKOR ABDULLAH,
BEKAS KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA)

CIRI-CIRI PENGAJARAN BERKESAN


·                     OBJEKTIF JELAS DAN DAPAT DICAPAI

·                     PENGUASAAN ISI PELAJARAN

·                     ADA ORGANISASI PELAJARAN

·                     KAEDAH DAN PENDEKATAN PENGAJARAN

·                     PENGLIBATAN AKTIF PELAJAR

·                     PENGGUNAAN MASA BERKESAN

·                     MENGEMBANGKAN KEMAHIRAN BERFIKIR

·                     ADA INOVASI DAN KREATIVITI

·                     PENGGUNAAN BAHAN  P&P

·                     PENILAIAN DAN PENTAFSIRAN MERANGSANG PEMBELAJARAN

·                     AKTIVITI PEMBELAJARAN MENCABAR PELAJAR

·                     MENARIK DAN MEMBINA MINAT PELAJAR

·                     MEMBINA RASA KEJAYAAN


ADAB BERSAMA GURU

·                     MEMBERI SALAM DAN SENTIASA HORMAT KEPADA GURU

·                     DUDUK DENGAN SOPAN DAN SENTIASA DALAM KEADAAN TENANG

·                     TIDAK MEMBUAT BISING WAKTU KEHADIRANNYA ATAU WAKTU KETIADAANNYA.

·                     JIKA INGIN BERTANYA MINTALAH IZIN TERLEBIH DAHULU.

·                     APABILA HENDAK KELUAR DARI MAJLIS ILMUNYA MINTALAH IZIN TERLEBIH DAHULU DARIPADANYA.

·                     CARI MASA YANG SESUAI UNTUK BERTANYA.

·                     SENTIASA MENAMPAKKAN SIKAP MENERIMA PENDAPAT GURU

·                     ELAKKAN DARIPADA BERHUJAH.  JIKA PENGHUJAHAN DIPERLUKAN, LAKUKANLAH DENGAN CARA LEMAH LEMBUT

·                     HINDARI DARIPADA MENYINGGUNG PERASAAN GURU.

·                     SENTIASA BERBAIK SANGKA TERHADAP GURU.


PERINTAH AM BAB G


WAKTU BEKERJA


Perintah Am 5.       Mematuhi waktu bekerja

            Semua pegawai, termasuk Ketua-ketua Jabatan sendiri, hendaklah mematuhi waktu-waktu bekerja dan hadir di pejabat-pejabat dalam masa yang ditetapkan.  Seorang pegawai yang hendak meninggalkan pejabatnya di waktu bekerja hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pegawai yang menjaganya sebelum berbuat demikian.


Perintah Am 9.       Rehat Makan


            Waktu rehat untuk makan akan diberi sebanyak satu jam semasa dalam waktu bekerja 8 jam.  Waktu ini boleh juga ditambah kalau perlu atau difikirkan lebih munasabah selama 15 minit lagi dengan syarat masa bekerja juga ditambah sebanyak 15 minit lagi.


Perintah Am 17.     Ketua Jabatan boleh menghendaki pegawai berkhidmat di luar masa biasa.


Walau apa pun perbekalan-perbekalan lain dalam bib ini, termasuk Perintah-perintah Am 3 dan 10, seorang Ketua Jabatan atau Pejabat boleh menghendaki mana-mana pegawainya bertugas diluar masa yang ditetapkan apabila pada pandangannya ini adalah untuk kepentingan awam atau kepentingan perkhidmatan.  Ini termasuklah kehadiran dan pejabat lebih awal atau tinggal di pejabat lebih lewat daripada masa-masa yang ditetapkan, atau hadir di pejabat pada hari-hari minggu atau kelepasan am.


PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH



1.         ARAHAN AM

1.1             Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan.  Oleh yang demikian,  semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.

1.2             Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaua membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengna tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.

1.3             Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu professional dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.

1.4             Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang

1.5             Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara

1.6             Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dan dalam menjalankan tugas.

1.7             Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.

1.8             Sentiasa mengamalakan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.


2.         KEDATANGAN

2.1             Jadual waktu belajar mestilah dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.

2.2             Guru hendaklah berada di dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum waktu belajar dan menandatangani Buku Kehadiran semasa sampai dan sewaktu balik sekolah.
2.1             Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa dating lewat hendaklah memberi kenyataan dan sebab-sebab yang wajar.  Guru mestilah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin suapaya jadual waktu ganti dapat disediakan.

2.2             Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat diluar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan


3.         CUTI TANPA GAJI

3.1       Mengikut Perintah Am Bab C, Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang mustahank.

3.2       Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya.

3.3       Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.

3.4       Cuti tanpa gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.

3.5       Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri.  Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.


4.         CUTI KELUAR NEGERI

4.1       Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan dari Jabatan.  Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.

5.         PAKAIAN

1.1             Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur.

1.2             Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan

1.3             Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai.

1.4             Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai:-

5.4.1   Guru perempuan – seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja-T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit.

5.4.2   Guru Lelaki – seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang yang sesuai.  Kemeja-T, kemeja sukan, baju trek atau jersi.  Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.



6.         PERHUBUNGAN SESAMA GURU

6.1             Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesame guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka.  Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.

6.2             Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/fahaman/pendapat/kepercayaan kepada guru ataupun murid atau staf sokongan sekolah yang lain.

6.3             Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kaum, status social, social ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud dalam sekolah.

 7.         BILIK GURU


7.1             Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru.  Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.

7.2             Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas.  Masa ini hendaklah dianggap sebagai “non-teaching period” dan bukannya “free perion”.  Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.

7.3             Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru.

7.4             Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.


8.         PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

8.1             Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru  Besar.

8.2             Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Ketua Panitia, Guru Kanan Pentadbiran atau Guru Besar.


9.         TUGAS
           
9.1             Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan tugas khas.  Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.

9.2             Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/ arahan misalnya, menghadiri mesyuarat, pergi ke Pejabat Pelajaran atau sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri.  Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran Guru Besar.
10.      BUKU REKOD MENGAJAR

10.1         Setiap guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut.  Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap.  Buku ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari Jumaat untuk disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar/Guru Kanan.

10.2         Jika seseorang guru itu bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Guru Kanan.

10.3         Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan.


11.      JADUAL WAKTU

11.1         Guru Kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan di dalam kelas sendiri.

11.2         Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan  tanpa kebenaran.


12.      JADUAL KEDATANGAN MURID

12.1         Setiap Guru Kelas akan diberi sebuah Buku Kedatangan Murid.  Guru bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang terceetak di bahagian dalam kulit hadapan.
12.2         Jadual kedatangan murid hendaklah ditulis dengan teratur, kemas dan ditanda setiap hari oleh guru kelas pada waktu pertama.  Sekiranya guru kelas tidak hadir, penyelaras kelas bertanggungjawab menandanya.

12.3         Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat.

12.4         Murid yang tidak hadidr selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam seminggu, ibu bapa/penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis.
 12.1         Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru yang bertanggungjawab.

12.2         Guru tidak dibenarkan membawa balik Buku Kedatangan Murid.
                                                                                                                                              

13.      KESELAMATAN HARTA BENDA

13.1         Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah.  Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.

13.2         Ketua Panitia/Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan  mengenai penggunaan alat-alat atau bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.


14.      KEBERSIHAN

14.1         Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah.  Jadual giliran bertugas hendaklah disediakan.  Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapid an disimpan dengan selamat.

14.2         Guru Kanan/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik k has/tempat khas (bengkel, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.

14.3         Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan murid.


15.      SURAT-MENYURAT

15.1         Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak berkenaan.
16.      SURAT YANG DITERIMA

16.1         Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil tindakan.  Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut.

16.2         Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Guru Besar, surat itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan.

16.3         Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar mengedarkannya untuk tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah:

16.3.1  Mengambil fail yang  berkenaan di pejabat jika fail itu tidak ada dalam simpanannya.

16.3.2  Mengambil tindakan yang diperlukan.

16.3.3  Memulangkan semula fail itu ke pejabat.

17.      PELAWAT

17.1         Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar/Guru Kanan terlebih dahulu.  Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar.


18.      MEMBELI BARANG

18.1         Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan borang Nota Minta yang boleh diperolehi di pejabat.

18.2         Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Penitia/Guru Kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar.

18.3         Semua pesanan yang melebihi RM100.00 mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.

18.4         Segala Invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas.
19.      PENGGUNAAN ALAT-ALAT

19.1    Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.

19.2    Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-ketua bahagian atau penjaga stok.

19.3    Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segara serta berkeadaan baik.

19.4    Jika rosak, hendaklah dilaporkan dengan serta-merta.



20.      ARAHAN DAN PEKELILING

20.1    Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.

20.2    Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya dalam fail khas.

20.3    Sekiranya surat pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri atau PPD, guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil.

21.      KUNCI

21.1    Semua kunci mesti disimpan di pejabat.


22.      ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH

22.1    Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.




Senarai tugas/fail meja

1       Guru Data

Waktu Bertugas : Mengikut waktu persekolahan (bagi sekolah dua sesi waktu bertugas boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi )
1.      Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti yang ditetapkan oleh Guru Besar/Pengetua (PGB).
2.       Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang diarahkan oleh Bahagian-Bahagian di KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah (Gabungan) dan sekolah dan lain-lain agensi kerajaan.
a)    Bertanggungjawab bagi pengurusan data di bawah sistem aplikasi seperti EMIS iaitu melaksanakan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, pelaporan, pembekalan dan penyebaran data dan maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan:
                                         i. Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar;
                                        ii. Pelajar seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain;
                                        iii. Staf bukan guru;
                                        iv. Profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah;
                                       v. Pendaftaran PTK;
                                       vi. Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa

b)    Membantu guru dan staf sokongan dalam penyelarasan data dan maklumat pendidikan seperti HRMIS, Sistem Maklumat Murid (SMM), Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM), KWAMP, peperiksaan, asrama, kokurikulum, Buku Teks dll.
c)    Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer; namun bagi sekolah Bestari tanggungjawab teknikal dibuat oleh Penyelaras IT
d)     Membantu pihak pengurusan sekolah mengemas kini data dan maklumat peringkat sekolah bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010

1.      . Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat peringkat                 sekolah.
2.      Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran Sekolah (JMPS)
3.      Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari semasa ke semasa

2       Guru Media
Waktu Bertugas :  Mengikut waktu persekolahan. Bagi Sekolah dua sesi, waktu bertugas      boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi.

1.         Merancang dan mengajar Matapelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
2.         Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama-                  sama pengetua, kakitangan Pusat Sumber Sekolah , guru dan pelajar sekolah.
3.         Merancangan dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama AJK                          Kurikulum sekolah.
4.         Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif dan kemas kini.
5          . Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Makumat dan perkhidmatan Pusat                        Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
6          . Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.
7.         Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan                       dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.
8.         Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
9.         Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan               sumber.
10.       Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri, PKG / Perpustakaan                 Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.
11.       Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.
12.       Menyedia dan mengedar minit mesyuarat AJK Induk / Kerja Pusat Sumber Sekolah.
13.       Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah.
14.       Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori pertalatan Pusat Sumber Sekolah.
15.       Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah Negeri.
16.       Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber                 Sekolah.
17.       Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan pengurusan program dan                       aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.
18.       Menghantar data dan laporan pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah khasnya laporan                 Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan PSPN pada bulan Oktober             setiap tahun.
19        . Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke                        semasa


2             Guru Pemulihan

1.            Merancang dan melaksanakan Program Pemulihan Khas mengikut prosedur yang telah                        ditetapkan.

2.         Membantu guru-guru matapelajaran dalam mengenal pasti murid-murid yang memerlukan                    pengajaran pemulihan
.
3.          Berjumpa dan berbincang dengan guru matapelajaran, guru bimbingan, ibu bapa, doktor,                      pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah              laku, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid.

4.          Bertindak sebagai setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli                      Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

5.         Mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah atau daerah.

6.         Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid-murid.



4          Guru ICT

1          Membantu Penyelaras PSS dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan PSS

2.         Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh J/Kuasa Induk

3.         Memastikan alat-alat ICT termasuk perisian sentiasa dalam keadaan baik

4.         Melaporkan kepada penasihat Unit ICT jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan

5.         Memastikan bahwa alat-alat tersebut sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan

6.         merancang dan menjalankan program-program yang bersesuaian untuk meningkatkan                         penggunaan secara berkesan

7.         mengadakan peratuaran dan cara-cara penggunaan peralatan ICT

8.          menguruskan penggunaan pealatan ICT

9.         Membuat Laporan Tahunan untuk rekod dan diserahkan kepada penyelaras

10        Bertanggungjawab dalam penyusunan perkakas dan perisian ICT di
            Makmal Komputer  PSS

11         Memberi pendedahan dan latihan mengenai penggunaan Media Teknologi di PSS kepada                    guru-guru lain dan Pengawas

12         Membuat penilaian mengenai perkhidmatan dan penggunaan bahan teknologi di  PSS

13         Mengenalpasti dan mencadangkan kemasukan alat/ teknologi baru mengikut keperluan dan                  kemampuan sekolah.

14         Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengetua/Guru besar

No comments:

Post a Comment